NAMY: No More Tears

No More Tears


Aku ketandusan kata-kata untuk meneruskan penulisan dalam blog. Sungguh.Namun jari-jemari berdegil untuk bercerita memandangkan aku telah berjanji tidak akan meninggalkan blog kesayangan ku ini tanpa pengisian. Mungkin entry kali ni hanya luahan dari hati kecil yang menjerit menahan sengsara.

Pernah aku fikirkan , apa kesudahannya hubungan persahabatan ini ? Sejauh mana kau berpegang pada janji ? Apa nilai hubungan ini pada kau ? Seenaknya kau buang bila kau tidak perlukan , dan kemudian , kau kutip ''sampah'' ini tika kau perlukan. Mungkin aku yang terlalu menyimpan angan bahawa hubungan ini akan kekal seperti yang lain.

Saat semuanya dibuka , kebenaran akan terlihat juga kan ? Sudah lah. Simpan saja pemanis bicara kau itu. Pada aku kau katakan seperti itu , pada dia juga seperti itu. Jadi  , tiada apa yang aku perlu banggakan dengan persahabatan ini. Sungguh , ini memang hina ! Seandainya aku tahu ini akhirnya kisah kita , aku juga tidak minta untuk mengenali kau daripada aku terus disakiti tanpa kau sedar.

Sayang aku bukan untuk dipertontonkan tapi untuk kau rasa bahawa sentiasa ada kasih sayang yang aku titipkan buat kau melalui talian doa setiap hari. Lama kau menghilang. Mungkin kau mencuba untuk hidup mandiri tanpa aku , barangkali. Aku mengerti. Kehilangan kau bukan lah sesuatu yang aneh bagi aku. Kerana aku sudah terbiasa ditinggal tanpa sebarang alasan.

Bila dah okay , nanti dia text lah tu kot

Hampir beberapa hari kau pergi  , dan aku fikir , kau berjaya hidup tanpa aku. Mungkin selepas ini , tiada lagi istilah janji . Semoga kau bahagia. Aku ? Jangan risau , Allah sentiasa melindungi aku dan hati ini.