Pagi tadi aku tersedar seawal jam 5. Terjaga kerana mengalami mimpi aneh. '' Pengambilan Pelajar Untuk Sekolah Menegah Teknik Sepang''.
Ye , aku bermimpi aku mendapat surat tawaran untuk Septech Tercinta.
Lantas aku ke toilet dan membersihkan diri. Selesai menunaikan solat
fardhu dan duduk termenung di atas sejadah merah milikku.
Terkenang
akan peristiwa aku dimarahi seorang lelaki. Ye , suara dia mampu
membuatkan aku terdiam seribu kata. Herdikan yang dihambur membuatkan
air mata gugur dengan laju. Bukan , itu bukan aku. Ternyata kau salah
menilai aku. Aku bukan insan yang kuat. Jujur aku akui. Ye , sekian lama
nya aku menghilang. Handphone juga sengaja aku matikan. Aku hanya
aktifkan nombor yang penting untuk aku hubungi. Selebihnya .... Maaf ,
aku perlu ketenangan.
Hidup
dalam dunia fatamorgana ini sesekali membuatkan aku terhumban dengan
keputusan yang aku buat. Terkadang aku buntu. Hanya satu yang aku perlu
kekalkan. HIJRAH . Ya. Aku akan kekalkan perjalanan hijrah ini. Aku yakin Allah ada disisi.
Dan
yang paling pasti , Allah telah persiapkan satu jalan mujahadah yang
sukar buat aku dihadapan sana untuk menikmati sesuatu yang indah diatas
nanti.
Hey You ! Yeah You. You are a test that Allah has sent to me




